baby development

Posts Tagged ‘Akmal’

postheadericon Aku Dinamakan Ahmad Afiq Akmal

afiq_01

Petang ini abah mendaftarkan namaku di Jabatan Pendaftaran Negara Sepang di Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi. Namaku didaftarkan sebagai Ahmad Afiq Akmal Bin Ahmad Kamil. Nama Akmal adalah cadangan daripada Abang Naqib.

Abah dimaklumkan oleh JPN, MyKid diberhentikan pengeluarannya buat masa ini. Sedang dalam kajian sama ada naik taraf atau hala tuju seterusnya. Jadi buat masa ini Afiq tak ada MyKid macam abang-abang dan kakak Afiq.