baby development

Archive for the ‘Kesihatan’ Category

postheadericon Ambil Darah Lagi

Hari ni cukup seminggu Afiq & Ibu discharge dari Hospital Putrajaya.

Hari ni Nurse datang lagi selepas semalam miss sehari tak datang. Nurse suruh ke klinik lagi untuk check darah.

Sebelum Jumaat Pak Dik dan famili datang ziarah. Pakdik nak kemas rumah yang disewanya satu taman dengan Afiq.

Selepas solat Jumaat, Abah & Ibu bawa Afiq ke Klinik Salak untuk ambil darah sekali lagi. Bacaan darah 160, masih tahap normal lagi. Sambil tu, Doktor yang rawat Afiq keluarkan surat refer ke Hospital Kulim untuk check mata Afiq yang dah dua hari penuh dengan tahi mata. Mungkin sakit mata atau kena jangkitan kuman. Refer ke Kulim sebab esok Afiq akan balik ke rumah Tok di Kedah.

postheadericon Ke Klinik Kesihatan Salak

Pagi ini aku dibawa oleh ibu dan abah ke Klinik Kesihatan Salak untuk check darah setelah menerima kunjungan nurse pagi tadi. Bacaan darah 152 masih dalam lingkungan normal lagi.

Doktor minta check semula ke klinik jika nurse yang datang melawat arahkan untuk datang lagi. Jika tak tak perlu datang check.

postheadericon Lawatan Pertama Nurse

Pagi ni Sabtu aku terima lawatan pertama daripada Nurse Klinik Kesihatan Salak. Nurse maklumkan aku ada sikit kuning. Esok nurse akan datang semula dan mungkin perlu ke Klinik Salak Isnin ini untuk check darah.