Pertama Kali Jumpa Kakak Naqia, Abang Aqlan & Tok

Hari Sabtu lepas Afiq, Ibu, Abah & Abang Naqib balik ke rumah Tok Wan di Kedah. Kami bertolak dari Ixora lebih kurang 12.30 selepas melawat Pak Dik yang sedang kemas rumah sewanya sebab barang dari Sabah baru sampai.

Kami sampai rumah Tok Wan ketika azan maghrib baru sahaja berkumandang.

Inilah kali pertama Afiq jumpa Kakak Naqia & Abang Aqlan serta Tok & Tok Wan selepas 10 hari Afiq lahir. Juga Jumpa Pak Lang sekeluarga.

Ambil Darah Lagi

Hari ni cukup seminggu Afiq & Ibu discharge dari Hospital Putrajaya.

Hari ni Nurse datang lagi selepas semalam miss sehari tak datang. Nurse suruh ke klinik lagi untuk check darah.

Sebelum Jumaat Pak Dik dan famili datang ziarah. Pakdik nak kemas rumah yang disewanya satu taman dengan Afiq.

Selepas solat Jumaat, Abah & Ibu bawa Afiq ke Klinik Salak untuk ambil darah sekali lagi. Bacaan darah 160, masih tahap normal lagi. Sambil tu, Doktor yang rawat Afiq keluarkan surat refer ke Hospital Kulim untuk check mata Afiq yang dah dua hari penuh dengan tahi mata. Mungkin sakit mata atau kena jangkitan kuman. Refer ke Kulim sebab esok Afiq akan balik ke rumah Tok di Kedah.

Aku Dinamakan Ahmad Afiq Akmal

afiq_01

Petang ini abah mendaftarkan namaku di Jabatan Pendaftaran Negara Sepang di Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi. Namaku didaftarkan sebagai Ahmad Afiq Akmal Bin Ahmad Kamil. Nama Akmal adalah cadangan daripada Abang Naqib.

Abah dimaklumkan oleh JPN, MyKid diberhentikan pengeluarannya buat masa ini. Sedang dalam kajian sama ada naik taraf atau hala tuju seterusnya. Jadi buat masa ini Afiq tak ada MyKid macam abang-abang dan kakak Afiq.

Ke Klinik Kesihatan Salak

Pagi ini aku dibawa oleh ibu dan abah ke Klinik Kesihatan Salak untuk check darah setelah menerima kunjungan nurse pagi tadi. Bacaan darah 152 masih dalam lingkungan normal lagi.

Doktor minta check semula ke klinik jika nurse yang datang melawat arahkan untuk datang lagi. Jika tak tak perlu datang check.

Pertama Kali Menyedut Udara Di Rumah

Hari ini Jumaat, hari kedua selepas kelahiranku, aku dah boleh balik ke rumah.

Jam 11.45 pagi abah uruskan untuk discharge dari Hospital. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari aku dah boleh keluar dari wad. Aku sampai ke rumah bersama-sama ibu & abah ketika azan pertama solat Jumaat berkumandang.
image
Aku juga menerima tetamu pertama yang melawatku setibanya di rumah. Iaitu Datin Shamsiah, Isteri kepada Pengarah JAIS, Dato’ Marzuki. Seorang yang sentiasa merendah diri dan hanya membahasakan diri dengan abah & ibu sebagai kakak.

Petang ini pertama kali aku bertemu dengan abang sulungku, Ahmad Naqib Naqiuddin setelah abang balik dari Sekolah KAFA. Kakak Naqia & Abang Aqlan masih belum bertemu sebab mereka ada di Kampung di Kedah.

Malam, aku terima kunjungan keluarga Pakcik Hanif

Alhamdulillah… Pertama Kali Aku Menjenguk Dunia

image

Alhamdulillah.. Hari ini Rabu 6 November 2013 bersamaan hari kedua tahun baru hijrah 1435 menjelang azan Zuhur  pada jam 12.51 tengah hari, aku selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya melalui pembedahan.

Sedang ibu diuruskan oleh doktor selepas pembedahan,  jururawat telah temukan aku dengan abah dan diazan & iqamahkan abah kira-kira jam 1.20 petang.

2013-11-06T22-01-03_15

5 petang baru aku berjaya dan pandai menyusu ibu.

Alhamdulillah.