Hari Sabtu lepas Afiq, Ibu, Abah & Abang Naqib balik ke rumah Tok Wan di Kedah. Kami bertolak dari Ixora lebih kurang 12.30 selepas melawat Pak Dik yang sedang kemas rumah sewanya sebab barang dari Sabah baru sampai.
Kami sampai rumah Tok Wan ketika azan maghrib baru sahaja berkumandang.
Inilah kali pertama Afiq jumpa Kakak Naqia & Abang Aqlan serta Tok & Tok Wan selepas 10 hari Afiq lahir. Juga Jumpa Pak Lang sekeluarga.