Tag Archives: Discharge

Pertama Kali Menyedut Udara Di Rumah

Hari ini Jumaat, hari kedua selepas kelahiranku, aku dah boleh balik ke rumah.

Jam 11.45 pagi abah uruskan untuk discharge dari Hospital. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari aku dah boleh keluar dari wad. Aku sampai ke rumah bersama-sama ibu & abah ketika azan pertama solat Jumaat berkumandang.
image
Aku juga menerima tetamu pertama yang melawatku setibanya di rumah. Iaitu Datin Shamsiah, Isteri kepada Pengarah JAIS, Dato’ Marzuki. Seorang yang sentiasa merendah diri dan hanya membahasakan diri dengan abah & ibu sebagai kakak.

Petang ini pertama kali aku bertemu dengan abang sulungku, Ahmad Naqib Naqiuddin setelah abang balik dari Sekolah KAFA. Kakak Naqia & Abang Aqlan masih belum bertemu sebab mereka ada di Kampung di Kedah.

Malam, aku terima kunjungan keluarga Pakcik Hanif